Searching...
Sunday 25 October 2015
14:57 0

Pemain Boling Negara Noor Afizal Azizan Merogol Gadis Bawah Umur Dibebaskan.


PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamak Rayuaan boleh menyemak semua kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelaluan baik kerana merogol gadis bawah umur.

Beliau berkata, Pejabat Pegaum Negara boleh menafikan semakan semula kes itu, bagaimanapun mehkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.

"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula). Mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada ruah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.

Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mehkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah umur hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara - KOSMO

p/s - Kes rogolnya sebelum ini pernah panas kerana dilepaskan hanya dengan bon jaminan berkelakuan baik.

0 comments:

Post a Comment