Searching...
Monday 12 October 2015
22:06 0

Bertapa Baik Dan Muliahnya Hati Nurani Wanita Ini Yang Sempat Memberi Nasihat Kepada Lelaki Yang Meragut Beg Tangannya.


KUALA TERENGGANU: "Jangan But kerja gini dik, jadi pengajaran buat adik hari ini." kata seorang pemilik spa kepada lelaki yang meragut beg tangan nya yang mengandungi wanig sebanyak RM15,000 serta barang kemas kepunyaan ibunya di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jan 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Tun Mardiyah Bilal Muda, 43, dari Taman Medan Jaya, Rusila, Marang sedang menunggu rkan berhampiran stesen minyak di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Namun beg tangannya diperolehi semula dengan bantuan dua pemuda yang menyaksikan kejadian itu. Tun Mardiyah barkata, selepas lima minit berada di kawasan berkenaan, dia dihampiri lelaki tidak dikenali yang terus menarik beg tangan sebelum melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran dengan motosikal merah.

"Kebetulan kejadian itu disaksikan oleh dua lelaki yang kemudian pantas mengajar lelaki terbabit sebelum menahannya di kawasan perumahan berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Suspek yang dipercayaai bekerja di Hotel di negeri ini dan berusia lingkungan 20-an, kemudian diserahkan kepada pihak polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit selepas kejadian.


0 comments:

Post a Comment