Searching...
Monday 12 October 2015
08:54 0

Mangsa Tetak D Megala Dikhabarkan Telah Meninggal Dunia.

Gambar kononnya megala meninggal dunia seperti yang tersear luas melalui internet dan aplikasi pesanan ringkas.

SEREMBAN - Ketua Penerangan Skuad Keadilan Malaysia, Gary Muthu kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengakibatkan mangsa tetak di Taman PD Utama, Port Dickson, baru-baru ini.

Menurut beliau, tidak cukup dengan tohmahan kononnya mangsa telah meninggal dunia, ada pula yang mendakwa kewujudan pihak ketiga dalam rumah tangga mangsa manyebabkan dia ditimpa nasib sedemikian.

"Ingin saya jelaskan, semua khabar angin itu tidak benar. Saya sendiri dengar daripada mulut ibunya ketika melawat mangsa di hospital, dua hari lepas.

"Tidak patutlah mereka buat fitnah macam ni, bukannya hendak mebantu, tapi menambahkan lagi penderitaan mangsa di hospital yang masih trauma, "katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Cabang Rasah berkata, tiada apa diperoleh dengan mangsa menyebabkan berita palsu sebegitu kecuali mengganggu proses pemulihan mangsa.

"Secara psikologinya, memang tidak baik untuk mangsa. Bagi saya, si pelaku cuba mendapatkan publisiti murahan.

"Tolonglah hormat perasaan mangsa dan keluarga. Apa yang berlaku pada dia bukannya boleh dibuat main-main," katanya yang akan mengumpul dana untuk membantu mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan D Megala, 24, cedera parah akibat ditetak lelaki bersenjata parang pada 1 oktober lalu, sekitar jam 6.40 petang.

Kejadian itu berjaya dirakamkan CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa di luar rumahnya di Taman PD Utama.

Dua lelaki yang dirakam membelasah mangsa menggunakan parang itu menjadi viral di laman sosial berjaya ditahan oleh pihak polis kira-kira 30 minit selepas kejadian itu berlaku.

Salah seorang suspek yang ditahan merupakan suami kepada mangsa.

Ibu mangsa cuba membantu anaknya itu namun ditolak sehinggah jatuh.

Menurut polis kes disiasat mengikut Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment