Searching...
Monday 26 October 2015
04:08 1

Berita MENGEMPARKAN Rakyat Pulau Pinang - Mayat Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Dengan Kesan kelar Di Leher.


GEORGETOWN - Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah keluarganya di Bandar Teluk Kumbar, dekat sini semalam.

Mayat intan Suraya Mawardi, 17, palajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil bapanya yang pulng ke rumah pada kira-kira 7.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.

Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.

"Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kes pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam tadi.

Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.

"Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan,"katanya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayaai teman lelaki mangsa bgi membantu siasatann menjumpai dua bilah pisau dipercayaai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas. Untuk melihat Wajah sebenar pelaku klik DI SINI.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan suspek akan direman hari ini katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesan ringkas pada kira-kira 12.00 tengah hari, meminta supaya aihantarkan makanan. - BERNAMA











1 comments:

  1. Mohon padam gambar arwah yang tidak berhijab , she is my cousin , can you do that for me , if can thank you in advance , hope u can coperate with me .

    ReplyDelete