Searching...
Monday 19 October 2015
21:20 0

Kecuaian Kakitangan Hospital Sungai Petani Memang Memlukan!!! Kain Gauze Tertinggal Dalam Rahim.


SUNGAI PETANI: Suami kepada mangsa kes kain tertinggal di dalam rahim isterinya menganbil keputusan untuk memfailkan saman di mahkamah dengan mendakwa kecuaian tersebut boleh mengancam nyawa isterinya.

Mohd Shahid Azim Mohd Saufi berkata laporan polis mengenai kejadian telah pun di buat pada jumaat lalu.

Menurut Shahid, isterinya memberitahu ada benda keluar dari rahim pada 1 oktober lalu.

"Pada 1 Oktober itu, saya pulang ke rumah kemudian dia (norsyazwani) memberitahu ada benda keluar dari rahimnya.

"Selepas dikeluarkan, rasa sakit yang dialami sebelum ini--Nak jalan, nak pergi tandas, nak duduk -- semua hilang," katanya memetik laporan Astro Awani.

Norsyazwani terpaksa menanggung kesakitan selama tiga hari selepas melahirkan anak selain aliran darah nifasnya menjadi tidak normal. Kejadian menjadi lebih serius setelah berlaku pendarahan selepas 17 hari.

Doktor kemudian mengesahkan wujud darah di dalam rahim Norsyazwani.

"Mula-mula keluar (kain) saya memang terkejut sangat sebab kain itu besar, jadi saya rujuk kepada doktor, doktor maklumkan kain itu diletakkan untuk memberhentikan pendarahan sewaktu menjahit luka bersalin dan petugas waktu itu terlupa untuk mengeluarkannya.

"Sekitnya hanya Allah sahaja yang tahu," kata Norsyazwani.

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan dan penjelasan dari semua pihak yang terlibat.  - Siakapkeli.my



0 comments:

Post a Comment