Searching...
Saturday 24 October 2015
06:14 0

Murid Sekolah Dikatakan Berdarah Telinga Setelah Cikgu Bertindak Menarik Sehinggah Mengakibatkan Kecederaan.




Seorang lelaki bernama Dato Sri Sarussalam telah memuat naik sebuah video di laman sosial Facebook miliknya menunjukkan anaknya sedang menerima rawatan selepas telinganya berdarah kerana ditarik oleh seorang guru di sekolah.

Menurut lelaki berkanaan, anaknya yang berusia 7 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Johor Bahru telah didenda menyebabkan telinganya ditarik di mana telah membuatkan belakang telinga anaknya cedera sampai berdarah.

Selain video, beliau juga bertindak memuat naik gambar-gambar anak perempuannya itu untuk membuktikan kesahihan ceritanya.

Di atas adalah sebuah video yang dimuat naik olehnya yang menunjukkan anak beliau sedang menjerit ketika lukanya sedang dirawat oleh doktor manakala si ibu dilihat merakam proses rawatan berkenaan sambil menenangkan anak mereka.

Mereka dikatanak telah meminta jawapan daripada pihak sekolah malah menyelar tindakan berkenaan kerana ia bukanlah cara yang betul mendidik anak murid di sekolah sehinggah mendatangkan kecederaan.

Apapun terjadi, jika apa yang didakwa ini benar, sesuatu tindakan perlu diambil dengan segera. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment