Searching...
Thursday 15 October 2015
17:40 0

Datin Seri Rosmah Mansor Sempat Meluangkan Masa Melawat 2 Kanak-Kanak Orang Asli Di HRPZ II.

Rosmah (duduk kanan) turut menyapa Mirudir yang hanya mampu tersenyum dalam lawatan beliau di HRPZ II, Semalam. - Foto oleh Jazaly Amry Jaafar.

KOTA BAHARU - Dua kanak-kanak Orang Asli yang terselamat Mirudiar Alui, 11, dan Norieen Yaacob, 10, hanya mampu tersenyum selepas disapa Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Keadaan mereka lebih ceria dari jumaat lalu, ketika mula-mula di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menjalani rawatan di hospital terbabit setelah 48 hari sesat dalam hutan di Sungai Perias, Pos Tohoi Gua Musang.

Rosmah meluangkan masa lebih setengah jam melawat kedua-dua kanak-kanak itu sambil bertanya khabar keadaan mereka.

Kedua-duanya ditemani ibu masing-masing Midah Angah, 40, dan Rosita Baher, 41, ketika ditemankan di wad Pusat Rawatan Harian HRPZ II.

Dalam lawatan itu juga, Rosmah turut meluangkan masa mendengar penerangan dan taklimat berhubungan kehilangan tujuh kanak-kanak itu.

Taklimat disampaikan oleh Pengrah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razen Ahmad Maher dan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim.

Sumbangan RM 10.000 dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (PERMATA) disampaikan kepada lima keluarga yang kehilangan anak dipercayaai meninggal dunia manakala dua keluarga kanak-kanak masih hidup diberi sumbangan masing-masing sebanyak RM 6,000.

0 comments:

Post a Comment