Searching...
Tuesday 29 September 2015
01:11 0

Seliberiti Dan Pengacara Fouziah Gous, Kantoi Apabila Pakaian Yang Dikenakan Agak Menjolok Mata Semasa Mengacara Program Nona.


PETALING JAYA - Pelakon dan Pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan bahawa ada yang mangatakan dia memakai baju nipis sehinggah menampakkan pakaian dalam ketika mengacara program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Memetik kenyataan di mStar Online, Fouziah, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip mengatakan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau forum berkenaan kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, KRU produksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakan termasuklah memastikan ia tidak keterlaluan sehinggah menjolok mata.


Malah kata Fouziah, dia juga sntiasa memakai singlet pada setiap pemakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu ahad lalu.

"Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian. 

"Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung," jelasnya.

Sementara itu, Fouziah berkata, dia tidak mahu melayani gosip berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

"Lebih baik saya fokus kepada kerja yang saya ingin lakukan daripada melayan gosip seperti itu," katanya lagi.





0 comments:

Post a Comment