Searching...
Monday, 19 October 2015
21:41 0

Lulu Hati Seorang Ayah Apabila Mengetahui Anaknya Menjadi Pelacur Di Usia 13 Tahun.


BEIJING - Bayangkan bagaimana remuknya hati seorang ayah apabila mengetahui anak perempuannya yang berusia 13 tahun menjadi seorang pelacur.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Gong hanya mengetahui mengenainya apabila membaca mesej WeChat dalam telefon bimbit anaknya itu.

Gong amat kecewa selepas membaca mesej antara anaknya, Xiaoqing dengan "ibu ayam" dikenali sebagai Jin Yiwen, yang memberikan harga untuk budak perempuan itu meniduri pelanggannya.

Menurut Gong, dia mula curiga dengan kelakuan anaknya selepas mendapati perangai Xiaoqing berubah dan menjadi anak nakal.

"Dia mudah marah, liar dan mencuri wang. Baru-baru ini dia tidak pulang ke rumah meskipun beberapa kali saya menghubunginya," kata Gong.

Selepas Xiaoqing tidak pulang ke rumah selama beberapa malam dan mula mengenakan solekan yang tebal, Gong mula bertindak dengan memeriksa telefon bimbit anaknya itu.

Gong kemudan mengatur pertemuan dengan Jin dan ketua kimpulan pelacuran itu di sebuah hotel. Dia turut memaklumkan kepada pihak polis yang kemudiannya berjaya menahan sindiket tersebut.

Senarai empat hinggah 10 remaja perempuan dari sekolah anaknya turut diperdayakan ke dalam rangkaian pelacuran itu, dengan ada sesetengah mangsa yang masih belum balik ke rumah - Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment