Searching...
Sunday, 11 October 2015
22:26 0

70 Keping Foto Dimuat Naik Oleh Nubhan Dan Beberapa Keping Yang Lain Menganggu "Emosi Seksual" Netizen Ketika Berbulan Madu Di Eropah.


PETALING JAYA: Penyanyi Nubhan menganggap tindakannya berkongsi gambar ketika berbulan madu bersama isteri iaitu Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, di Eropah baru-baru ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk selain tiada gambar keterlaluan.

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 29, berkata, perkari itu dilakukan bagi berkongsi kenangan manis yang dilaluinya kepada peminat setianya di laman sosial.

"Saya rasa perkara itu normal dilakukan oleh orang lain juga ketika berada diluar negara, malah yang duduk di Malaysia pun banyak ambil gambar dan muat naik di laman sosial, inikan pula kalau kita pergi ke negara lain.

Saya terlalu teruja sebab itu saya kongsi kenangan manis yang kami lalui semasa di negara orang lain, lagi pula itulah tujuan laman sosial diwujudkan," ujurnya kepada mStar Online.

Nubhan diminta mengulas tentang gambar-gambar bulan madunya bersama isteri pada Akhir bulan lalu yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Sebanyak lebih 70 keping gambar yang dimuat naik di laman sosial milik penyanyi itu dikritik kerana dianggap cuba menunjuk-nunjuk dan terdapat gambar-gambar yang dikatanak tidak sesuai berada di laman sosial kerana menganggu emosi seksual orang ramai.

Sementara itu, nubhan berkata, gambar-gambar yang dimuat naik itu merupakan gambar biasa dan tidak dianggap keterlaluan sehinggah menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Gambar saya bersama isteri yang dimuat naik adalah gambar biasa sahaja, kalau gambar peluk pun tidaklah ia keterlaluan.

"Lainlah kalau gambar tersebut gambar bercium atau isteri saya berpakaian seksi yang benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat," ujurnya.

Nubhan berkata, dia enggan mengambil serius tentang pandangan negtif pengguna laman sosial yang sering mencari kesalahan seorang artis.

Bercerita tentang pengalaman berbulan madu di Eropah, Nubhan berkata, disebabkan nilai ringgit yang jatuh, dia terpaksa merancang perkara yang lebih penting untuk dibelinya.

Biarpun begitu, dia menghabiskan lebih RM30,000 sebagai kos perbelanjaan harian sepanjang dua minggu percutian.

"Kami pergi ke Amsterdam, Brussels dan Paris dan melihat beberapa tempat menarik yang sering dikunjungi pelancong.

"Kejatuhan ringgit memang agak terasa kerana semua perkhidmatan dan barang mahal termasuk tiket pengangkutan. Jadi saya terpaksa beli apa yang penting sahaja," ujurnya.

Nubhan bergelar suami kepada Afifah Hidayah Aahmad Tawfek dengan sekali lafaz pada 29 Ogos lalu di kediaman wanita tersebut di Seremban, Negeri Sembilan - mStar Online.



0 comments:

Post a Comment