Searching...
Sunday, 11 October 2015
08:32 0

Inilah Punca Kenapa Pasangan Suami Isteri Ini Mendapat 3 Orang Anak Yang Hodoh!!!



Selepas 3 tahun DIFITNAH, wanita ini tampil mendedahkan cerita sebenar!!! Gambar potrait pasangan yang tampan dan cantik bersama dengan 3 orang anak mereka ini pernah menjadi viral di media sosial. KENAPA..???

Model kelahiran Thaiwan, Heidi Yeh, yang mempunyai portfologi kerja yang mengagumkan dengan pelbagai jenama serta perna tampil dalam video muzik berbakat, dia kini terpaksa bekerja lebih keras kerana kehidupannya selama 3 tahun ini bagaikan neraka.

Dalam sidang akhbar di Taipei, Rabu, Yeh dengan sedih memberitahu media bahawa sejak gambar potrait itu menjadi viral, dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Thaiwan dan di luar negara.

Katanya, dia telah diberikan kontrak oleh sebuah agensi model serta agensi iklan J.Walter Thompson (JWT) untuk rakaman gambar bagi sebuah klinik kosmetik. Menurut kontrak tersebut imejnya akan digunakan dalam media cetak, dakwanya.

Tidak lama kemudian, sebuah klinik komestik yang lain mula menggunakan gambar berkenaan dalam iklan kempen online dan gambar itu serta merta menjadi viral di seluruh dunia.


Kisah palsu kononnya seorang lelaki memfailkan saman terhadap isterinya kerana anak-anak mereka terlalu hodoh diterbitkan oleh akhbar Heilongjiang telah menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu. Sejak dari itu, ia menjadi bahan ejekan di media sosial.

Akibatnya, kehidupan normal Yeh bertukar menjadi mimpi ngeri. Yeh juga mengatakan dia yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan sebanyak 4 juta NTD dalam bidang itu, kini terpaksa melupakannya kerana agensi bakat mula memulaunya. Yang lebih menyakitkan hati, dia dituduh menipu untuk berkahwin serta didakwa telah melakukan pembedahan plastik.

Yeh kini mahu memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.

Simple Beauty, klinik komestik terbabit tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka telah menggunakan prosuder yang betul bagi mendapatkan hak untuk gambar tersebut ari JWT. Masalah yang timbul adalah masalah di antara Yeh dan JWT dan mereka tidak terbabit dalam masalah itu.

Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Yeh itu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai.

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatakab saman itu atas sebeb tertuduh yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT. sumber asal

0 comments:

Post a Comment