Searching...
Wednesday, 7 October 2015
18:54 0

Atikah Suhaime Fobia "Diperkosa" Oleh Budak-Budak Tadika.


SETIAP manusia pasti pernah mengalami pengalaman yang berbeza sama ada yang membawa kenangan manis mahupun buruk.

Begitu juga la yang dilalui oleh pelakon yang sedang meningkat naik ini, Atikah Suhaime yang fobia dengan kanak-kanak.

Menurut Atikah, segalanya berpunca apabila dia mengunjungi sebuah tadika kanak-kanak di Singapura dan ketika berada di sana, dia mendapat layanan yang sangat luar biasa.

"Rakan saya bekerja di sana dan ketika berada di dalam tadika berkenaan, kanak-kanak di sana bertindak agresif dengan menarik rambut dan baju yang saya pakai.

"Walau hanya kanak-kanak, tapi saya tak berani untuk melawan dan ia meninggalkan kesan buruk kepada saya," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sinari Kemuliaan Rmadhan Bersama Yeo's baru-baru ini.

Dek kerana hanya kanak-kanak agak bimbang apabila dimaklumkan akan ke sebuah rumah anak yatim bersama duta Yoe's Yeogurt yang lain, namun perespsi dan rasa fobianya masih sukar untuk berubah sama sekali.

"Sebelum tiba di Teratak Nur Barakah, Shah Alam presepsi saya mesti budak-budak kat sini nakal-nakal dan apabila saya tiba, saya terpehun kerana kanak-kanak di situ sangat berdisiplin dan teratur.

"Melihat mereka yang kesemuanya buat kerja sendiri seperti lipat baju dengan rapi dan agakk berbeza sekali dengan kehidupan saya dan banyak perkaraa sebenarnya yang saya belajar daripada mereka. Ujurnya.

0 comments:

Post a Comment