Searching...
Sunday, 15 November 2015
03:52 0

Anak Lisa Surihani Hadkan Pendedahan Gambar Anak Pertama Kerana Menjadi Bahan Bualan Dalam Laman Sosial.


Biarpun sudah lama menyepi, Lisa Surihani turut dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik filem di Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung secara langsung Ahad lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra. Lisa hadir di majlis berprestij penganugerahan kepada bintang filem ini ditemani suaminya, Yusry Halim.



Ditanya tentang perasaannya apabila berjaya menggenggam trofi ASK2015, Lisa berkata “Ini kali pertama Lisa mendapat trofi ASK. Sebenarnya, bagi sayalah, kalau ASK sebagaimana kita semua tahu, kalau diberikan rezeki menang di ASK, kita rasa macam ‘wow’. Haa macam itulah. Kita pun tahu yang calon-calonnya semua yang power dan memang terbaiklah. Jadi, bila saya dapat of course saya rasa terkejut dan amat berterima kasih atas anugerah ini.”
 Jika sebelum ini ramai selebriti yang kita lihat suka berkongsi gambar-gambar anak mereka di laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan juga Twitter. Tetapi ianya tidak bagi pasangan selebriti popular Lisa Surihani dan Yusry Halim. Selama waktu kehamilan Lisa sememangnya ramai yang mengetahui bahawa Lisa kurang berinteraksi di laman sosial. Bahkan gambar anaknya juga dihadkan kebebasannya sejak kelahirannya. Setakat ini hanya dua keping gambar yang dimuat naik oleh HLive berkenaan Lisa yang selamat melahirkan anak.


Sempat ditanya kepada Lisa perihal sebab dia memilih untuk tidak memuat naik gambar anaknya lagi di media sosial “Akan ada waktunya yang sesuai. Bila dia boleh memahaminya. We’ll see how it goes. Macam bila waktu yang paling sesuai. Apa pun, sebelum kita buat apa-apa, saya kena berbincang secara terperinci terlebih dahulu bersama suami.”

Ujarnya lagi “Bagi Lisa, macam kita pernah dengar yang mana ada gambar anak selebriti yang di expose dan kemudian tiba-tiba ianya masuk ke dalam satu laman web yang tidak diiktiraf atau laman web yang tidak proper. Tapi selain dari itu, sebanyak mana yang saya faham, alam maya atau media sosial adalah dunia kita sekarang ini. Dan ia sesuatu yang tidak dapat dinafikan kerana ia satu permodenan. Kita tidak boleh hentikan permodenan. Tetapi saya nak, Yahaira membesar di mana dia sendiri yang akan menentukan sama ada dia mahu atau tidak membuka akaun di laman media sosial. Macam sekarang ini beberapa akaun palsu yang telah dibuka untuknya berdasarkan hanya dua keping gambar sahaja yang dilepaskan oleh Awani dan HLive. Kalau misalnya saya muat naik dan muat naik, saya tiada kuasa untuk mengawal siapa-siapa dari mengambil gambar yang saya muat naik dan mereka pula memuat naik dalam akaun-akaun palsu yang mereka reka. Apabila gambar telah dimasukkan ke dalam laman media sosial di mana sifatnya adalah terbuka pada umum dan tiada privasi, jadi we can’t do anything about that.

Lisa juga menyatakan yang setakat ini sudah 7 akaun palsu anaknya yang direka. “Setakat ini sudah tujuh tak silap saya. Misalnya dia membesar dan belum apa-apa gambarnya sudah dimasukkan ke dalam laman media sosial. Di mana kita tahu sekarang ini kanak-kanak sudah pandai menggunakan gajet canggih masa kini. Jadi, saya tidak tahu adakah ia normal bagi seorang budak yang sedang membesar. Bagi saya, apa kata dia sendiri yang membuat keputusan sama ada ingin mempunyai akaun di laman media sosial atau tidak. Dia akan belajar sendiri apakah itu media sosial, dia imbangkan baik buruknya, jenis gambar yang bagaimana dia patut masukkan. Jadi semua ini patut dia fikirkan baik dan buruknya. Saya dulu masa laman media sosial ini bermula dan menjadi trending, saya sendiri terus buat tetapi kemudiannya I was like oh wait a minute. I didn’t realized it. Macam Instagram. Once I upload the images, once it’s out there, it’s going to be out there. I can’t do anything. We can delete it in our account but it will never disappeared in the network. Ever. So, for me, is that what you want? Is that okay for you or not? So we have to consider that. So bagi saya, berdasarkan perbincangan bersama suami, we just feel that maybe we need to let her figure this out too. 

Sempat juga ditanya kepada Lisa di mana antara Yusry dan dirinya siapakah yang Yahaira lebih rapat dan Lisa menjawab “Dah nampak dah yang Yahaira ke arah daddy’s girl. Kadang-kadang bila saya dah boleh agak yang dia bakal jadi daddy’s girl saya akan terus memanggilnya ‘Hi anak mummy.’ Bagi dia ingat sikit,” senda manis Lisa.

“Panggilan manjanya kadang-kadang Yahaira, Leanne. Kadang-kadang ada juga panggilan Cikuki. ‘Hello anak mummy, cikuki.’ Haa macam itu,” seloroh Lisa ketika ditemu bual di majlis ASK 2015.

0 comments:

Post a Comment