Searching...
Sunday, 13 September 2015
05:51 0

Pelakon Baru Ini Bakal Menggemparkan Masyarakat Malaysia Dalam Bidang Lakonan.


Petaling Jaya: Pelakon baru, Nazrief Nazri mengakui menyedari kesilapannya apabila menuruti permintaan penganjur sebuah acara peragaan fesyen bagi mengayakan koleksi pakaian dalam.

Bagaimanapun, Nazrief nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 24, berkata, tindakan tersebut dilakukan dalam keadaan terpaksa kkerana merosakkan majlis yang sedang berlangsung.

"Sejujurnya, saya mengakui behawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni. Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-meta untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.

"Dalam waktu yang sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan," ujurnya kepada mStar Online.

Nazrief berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa foto miliknya dengan menggayakan pakaian dalam di sebuah acara peragaan fesyen tersebar di laman sosial.

Nazrief pernah membintangi drama Suami Sebelah Rumah, Cinta Ibadah, Tanah Kubur, Misiku Kuza 2, dan Maskara.

Dalam pada itu, dia turut mengakui terlalu mentah ketika menerima tawaran tersebut dan tidak terfikir panjang tentang kesan pada masa akan datang dan kerjayanya.

Katanya, dia yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Uprising Enterainment lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran peragaan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehinggah menuruti sahaja permintaan mereka biarpun sangat tidak berpusa hati.

"Ia juga menjadi peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang taawaran di mana tidak berbincang dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya," ujurnya.

Sementara itu, Nazrief berharap berita tersebut tidak terus disebarkan dan memberi peluang kepadanya untuk membuktikan bakat sebenarnya dalam bidang lakonan.

"Saya berharap agar peminat mambari peluang kepada saya untuk menilai dan berkongsi bakat lakonan saya berbanding cerita sensasi seperti ini," ujurnya.








0 comments:

Post a Comment