Searching...
Monday, 21 September 2015
05:08 1

Inilah Punca Tidak Boleh Diterima Kematian Syarafina Mansor Pelajar UiTM Dalam tandas Mengejutkan Orang Ramai.


Penuntut perempuan Universiti Teknologi MARA (UITM) Perlis ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah Kolej kediaman Universiti itu, semalam.

Syarafina Mansor, 18, penuntut Diploma Sains dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring di dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira pukul 2 petang.

Rakannya itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula ke biliknya selepas keluar untuk pergi mandi.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mendi pada pukul 12 tengah hari.

Namun, apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syaraffina sudah terbaring, katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Beliau berkata, rakannya kemudian memanggil kakitangan pengurusan kolej kediaman itu sebelum membawa mangsa dikejarkan ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar, mengumumkan ambulan milik Pusat Kesihatan UiTM Perlis.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Doktor di Hospital pada pukul 3.20 Petang semalam. Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa sebaliknya mangsa meningal dunia akibat penderahan dalam kepala, katanya.

Jenazah mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk dikebumikan hari inii, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob ku Hamad, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur Jenayah.

1 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete