Searching...
Wednesday, 26 August 2015
15:49 0

Rupa-Rupanya Kekasih Zarina Anjoulie Adalah Bekas Banduan Kerana Kaki Pukul Dan Sudah Menjadi Suami Orang?!!


Semalam kami ada siarkan satu artikel di mana artis penuh kontroversi ini Zarina Anjoulie tanpa segan siul telah memuat naik foto dicium dan dipeluk oleh kekasihnya di akaun Instagram. Foto itu jelas mendapat pelbagai komen meskipun Zarina sudah biasa dan lali dengan perkara tersebut..

Terbaru, ada yang mendakwa jejaka bertatu didalam foto tersebut merupakan seorng rakyat Brunei dan sudah mempunyai isteri dan apa yang memeranjatkan beliau juga seorang kaki pukul dan baru saja keluar dari lokap baru-baru ini.

Perkara itu di ketahui apabila isteri kepada jejaka tersebut iaitu Auni Ali telah memuat naik foto kesan lebam di bahagian muka selepas di pukul oleh jejaka tersebut, dan telah diceritkan di akaun Instagram.

Malah, beliau turut memuat naik mesej ringkas yang dikirim oleh suaminya itu yang kononnya sudah menyesal dengan perbuatannya dan mahu memujuk isterinya itu dengan ayat-ayat manis.

Mengatakan lagi dakwaan berkenaan, Auni adalah isteri sah kepada kekasih Zarina Anjoulie apabila bertanya kepada orang ramai siapakah gerangan wanita yang dicium oleh suaminya selepas membaca gosip tersebut di BeautifulNara.

Jika perkara ini benar, Zarina Anjoulie nampaknya sudah menimbulkan satu masalah yang besar dan seakan menjadi perosak kebahagiaan rumah tangga orang lain. Harapanya ada pihak yang tampil dan membetulkan keadaan ini agar ia tidak menjadi lebih rumit lagi.




0 comments:

Post a Comment