Searching...
Tuesday, 25 August 2015
03:09 0

PADAH!!! Seorang Pegawai Perubatan Diambil Tindakan Oleh KKM Kerana Mengambil Gambar "SELFIE" Ketika Pesakit Wanita "KANGKANG".


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai perubatan yang bertindak mengambil foto selfie ketika pesakit wanita dalam posisi terkangkang hinggah mencetuskan kemarahan oeang ramai sejak semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, kejadiaan itu masih dalam siasatan dan tindakan serta-merta akan diambil kepada pengamal perubatan itu jika dakwaan berkenaan didapati benar.

"Kita sudah kenal pasti hospital dan pegawai perubatan yang terlibat, tindakan tegas akan diambil selepas selesai siasatan," katanya dalam satu komen di laman sosiaFacebook.

Sejak semalam, sekeping gambar yang memaparkan seorang doktor menunjukkan isyarat "PEACE" sambil merakam gambar wanita yang ketika itu dalam posisi terkangkang menjadi viral di laman sosial sehinggah mengundang kemarahan orang ramai.

Gambar itu menyebabkan orang ramai berang dan menuntut Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera berikutan tindakan itu yang sangat memalukan pesakit berkenaan.

0 comments:

Post a Comment